Kontroversi Penalti & Kad Merah, Pengadil Ryuji Sato Kecewakan Malaysia

Keputusan pengadil perlawanan, Ryuji Sato yang menghadiahkan sepakan penalti dan kad merah nyata telah mengecewakan Malaysia.

kontroversi penalti & kad merah, pengadil ryuji sato kecewakan malaysia

Malaysia tewas keatas Vietnam 0-3 di Stadium Kebangsaan My Dinh pada aksi kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, sekaligus menamatkan kemarau kemenangan skuad negara.

 

Skuad Harimau Malaya dilihat berjaya mematahkan beberapa serangan Vietnam di awal permainan, namun gagal menemui penyudah untuk mendapatkan jaringan.

 

Sementara itu, Vietnam berjaya membuka jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien pada minit ke-29 sebelum mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kedua.

 

Kontroversi kad merah berlaku apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-60 berikutan pelanggaran Azam Azmi dan Doan Van Hao yang berlaku dalam kawasan penalti pasukan Malaysia.

 

Sepakan penalti itu tidak disia-siakan Vietnam dan terus menjaringkan gol kedua menerusi sepakan Que Goc Hai.

 

Malaysia terus ditekan menerusi jaringan sepakan sungkit Nguyen Hoang Duc yang memastikan tiga mata penuh milik Vietnam.

 

Kontroversi melibatkan pengadil Ryuji Sato ini bukanlah pertama kali berlaku. Beliau sebelum ini pernah menghadiahkan penalti kepada Vietnam ketika aksi pertembungan berbaki 10 minit di di Stadium Al Maktoum, Dubai, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 1-2.

 

Malaysia akan bertemu Singapura pada aksi seterusnya 3 Januari depan.

 

Sumber: Stadium Astro