Berita gembira buat semua peminat Dua Lipa, susulan sambutan hangat konsert Dua Lipa Radical Opitimsm Asia Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 23 November, kini pihak penganjur akan menambah satu malam lagi.
Menurut penganjur, Live Nation Malaysia menerusi laman Instagram mengumumkan penambahan satu malam lagi pada 24 November 2024.

Kapasiti gelanggan difahamkamkan mampu menempatkan 10,000 penonton dan ia sudah habis dijual sejak pagi semalam.
Konsert jelajah penyanyi terkenal itu dijalankan bersempena pelancaran album ketiga berjudul Radical Optimism.
Selain Kuala Lumpur, Lipa, 29, melengkapkan jelajah dengan persembahan di negara Asia lain di Singapura, Jakarta, Manila, Tokyo, Taipei, Bangkok dan Seoul.
Sumber: Kosmo