Konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur Berjaya Memukau Para Penonton

Begitu mengasyikkan dan penuh memukau! Itulah reaksi penonton yang hadir ketika berlangsungnya konsert istimewa oleh dua bintang terkemuka dari Indonesia, ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ di Megastar Arena, KL, anjuran oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM) bersama-sama jenama kosmetik popular tanah air iaitu Alha Alfa, dengan Intan Gelombang dan Futurace.

 

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran peminat Afgan dan Lyodra semua yang sanggup ‘turun’ ke Kuala Lumpur dari serata negara semata-mata ingin menyaksikan konsert ADA ini, dan terima kasih buat para penganjur dan warga kerja KM yang telah bertungkus-lumus,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.

 

Malam konsert ADA dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.

 

konsert ‘ada afgan & lyodra: live in kuala lumpur berjaya memukau para penonton

 

Kemudian, konsert ADA bertambah hangat dengan kemunculan duo paling ditunggu-tunggu, Afgan dan Lyodra, tampil dengan persembahan yang luar biasa dan penuh memukau, memikat hati peminat yang hadir.

 

Konsert ADA menawarkan pengalaman muzik yang tidak terlupakan, dengan gabungan lagu-lagu popular dari kedua-dua penyanyi. Afgan, dengan suaranya yang mengasyikkan, mempersembahkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’, manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.

 

konsert ‘ada afgan & lyodra: live in kuala lumpur berjaya memukau para penonton

 

“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa, saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” kata Afgan selepas konsert.

 

Lyodra juga tidak ketinggalan mengungkapkan rasa syukurnya: “Saya sangat berbesar hati dapat mengadakan konsert di sini dan bertemu dengan peminat semua yang begitu menyokong.”

Konsert ADA dihadiri oleh ribuan peminat dari seluruh Malaysia, menjadikan suasana malam tadi penuh dengan kegembiraan dan sorakan. Selain persembahan yang memukau, penganjuran acara ini turut disokong oleh rakan radio rasmi, ERA, Sinar serta Gegar, dan rakan media rasmi, Gempak.

 

En. Ahmad Jeffny turut berkongsi pelan masa hadapan buat KM: “Untuk tahun 2024 ini, kami sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan.