KLIA Dinobatkan Antara Lapangan Terbaik Dunia

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) berjaya meraih kedudukan terbaik dalam tinjauan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) bagi suku keempat 2021 yang dijalankan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

klia dinobatkan antara lapangan terbaik dunia

Pencapaian tersebut diraih bersama sembilan lagi lapangan terbang antarabangsa lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun yang mencapai skor atau markah penuh 5.00 dalam tinjauan global tersebut, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurut Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood, “Keadaan bertenang sebelum ini (susulan pandemik) telah membolehkan kami melaksanakan lagi usaha yang dilakukan oleh keseluruhan komuniti lapangan terbang ini.

“Malah, pencapaian untuk berada dalam kelompok lapangan terbang global terbaik merupakan satu pengiktirafan untuk negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan tinjauan ASQ itu diumumkan oleh ACI baru-baru ini yang bertanggungjawab menanda aras lapangan terbaik dunia dari segi kepuasan penumpang secara menyeluruh terhadap keselamatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan terminal.

 

Sumber: [1]