Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga.
Begitulah juga yang dirasai pasangan ini yang perlu meninggu sehingga 10 tahun perkahwinan mereka untuk memperoleh cahaya mata pertama. Namun, kegembiraan itu tidak lama kerana si isteri meninggal dunia tiga bulan selepas kelahiran anaknya.
Menerusi video yang tular di Tiktok, si suami berkata selama 10 tahun dia dan arwah isterinya, Ayu Pratiwi diuji tanpa kehadiran cahaya mata. Namum, mereka berdua tetap hidup bahagia dan bersama-sama meniti hari.
Pasangan itu akhirnya menerima berita gembira apabila Ayu disahkan hamil pada tahun lalu, sebelum melahirkan bayi yang mereka amat nanti-nantikan bernama Arya.
Bagaimanapun, suami itu diuji apabila Ayu meninggal dunia tiga bulan kemudian, atas sebab yang tidak dinyatakan.
“Tepat tiga bulan selepas melahirkan Arya, Allah lebih menyayangi isteri saya,” katanya menerusi hantarannya di TikTok.
@missdenok
Ya Alloh... Apa kabar daun sidratul muntaha punyaku????... Apakah sudah hampir jatuh??? Jika masih tumbuh kuat didahanya, tuntunlah aku disisa umurku dalam ketaatan Tapi jika sudah hampir jatuh bimbinglah hamba ya Alloh agar hamba pulang kepadaMu dalam keadaan engkau cinta Padaku. Aamiin Aamiin ya Alloh....
♬ suara asli - denok demplon
Hantaran itu mendapat perhatian ramai, dengan komen netizen yang turut bersedih serta bersimpati dengan ujian menimpa lelaki tersebut.
“Saya turut menangis kerana saya juga perlu menunggu 11 tahun untuk hamil. Ya Allah, lindungilah kami dan sihatkanlah serta panjangkan umur kami,” kata seorang netizen.
Sumber: Tiktok / Kosmo!