Khabar Angin Terjawab! Squid Game Bakal Sambung Musim Kedua!

Siri drama fenomena Korea Selatan, Squid Game disahkan akan kembali untuk musim kedua.

khabar angin terjawab! squid game bakal sambung musim kedua!

Perkara tersebut disahkan pengarah Hwang Dong Hyuk ketika sesi tayangan khas siri drama itu Los Angeles.

Menurutnya, walaupun kebanyakan drama di Korea Selatan hanya ditayangkan untuk satu musim, dia bagaimanapun tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan untuk tunaikan permintaan orang ramai yang mahukan siri tersebut disambung.

“Terdapat begitu banyak tekanan, begitu banyak permintaan dan begitu banyak dorongan untuk musim kedua.

“Jadi, saya hampir merasakan anda tidak meninggalkan kami sebarang pilihan, tetapi saya akan katakan memang akan ada musim kedua.

“Ia berada di dalam kepala saya sekarang. Saya sedang dalam proses perancangan. Tetapi saya rasa masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana.

“Jadi saya akan berjanji ini kepada anda, Gi Hun akan kembali dan dia akan melakukan sesuatu untuk dunia,” jelasnya.

Terdahulu, siri drama sembilan episod itu mencetuskan fenomena di serata dunia apabila ia mendahului carta tayangan popular bukan berbahasa Inggeris di Netflix sejak pertama kali ditayangkan pada 17 September lalu.

 

Sumber: [1]