Seperti yang kita tahu, orang dewasa memerlukan tidur yang cukup selama tujuh jam dan kanak-kanak pula lebih dari itu. Tetapi, sejak kedatangan gajet sekarang ramai rakyat Malaysia kini dilihat lebih gemar menghabiskan masa rehat mereka untuk bermain telefon.

Kini juga ramai yang hanya tidur kurang dari 7 jam tetapi tidak merasa mengantuk keesokan harinya. Walaupun perkara ini nampak biasa, tahukah anda bahawa sebenarnya ada banyak kesan buruk yang akan terjadi pada diri kita jika kita tidak mendapat tidur yang cukup.
Di Tiktok, Dr. Samhan ada berkongsi beberapa kesan buruk yang boleh terjadi pada diri kita tanpa kita sedari jika kita sering tidur lambat.
Ini adalah kesan buruk jika anda sering tidur lewat:
-
Ketinggian terbantut
-
Menghadapi masalah kulit
-
Proses penuaan lebih cepat
-
Berpotensi naik berat badan
-
Ingatan jadi lemah
-
Risiko nyanyuk (Alzheimer)
Sebenarnya banyak kan kesan buruk yang mungkin akan terjadi pada badan kita? Haa, jadi kepada anda dapatkan tidur yang mencukupi dan sayangilah kesihatan kita.
Sumber: Tiktok @Dr.Shamhan