Penularan varian Omicron didapati semakin meningkat di United Kingdom (UK) akhir-akhir ini.
Ia susulan kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat 10 peratus secara nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London.
Justeru Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menggesa rakyatnya untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi mengelakkan penularan varian tersebut ke seluruh negara.
"Gelombang Omicron terus melanda seluruh United Kingdom dengan lebih 78,000 kes COVID-19 hari ini, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan.
"Kadar penggandaan Omicron di sesetengah wilayah kini turun kepada kurang daripada dua hari dan saya bimbang kita juga melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu dan meningkat hampir satu pertiga di London," katanya.
Menurutnya lagi lebih 78 ribu kes yang disahkan pada Rabu adalah jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.
Suntikan vaksin ketiga juga telah ditawarkan kepada semua penduduknya berusia 18 tahun ke atas menjelang akhir bulan ini sebagai tindak balas kepada penularan varian Omicron.
Sumber: [1]