Kes COVID-19 Melibatkan Pelancong Di Langkawi Adalah Sifar

Sejak pintunya dibuka kembali kepada para pelancong pada 16 September lalu, tiada kes positif dilaporkan di Langkawi.

kes covid-19 melibatkan pelancong di langkawi adalah sifar

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Firdaus Ahmad, setakat ini kes jangkitan hanya melibatkan penduduk tempatan di pulau berkenaan.

“Ini disebabkan kejayaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP)...kejayaan di peringkat saringan di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), apabila lima orang terpaksa tunda perjalanan bila disahkan positif COVID-19.

“Mereka (yang positif) dah sangkut di tempat saringan, belum sampai ke Langkawi, ini bermakna SOP dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, pulau itu dijangka akan menyambut seramai 200,000 pelancong sehingga hujung tahun ini.

Kejayaan gelembung pelancongan di Langkawi sekali gus dilihat sebagai perintis yang menunjukkan perkembangn positif apabila Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengumumkan tiga destinasi pelancongan lain iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman yang bakal dibuka menjelang 1 Oktober ini.

 

Sumber: [1]