Pelakon dan bintang Amerika Syarikat, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan The Rock, menarik perhatian warganet selepas kepalanya disolek dengan gincu merah jambu.
Menerusi video dikongsikan oleh pelakon itu, ia adalah ‘angkara’ dia anak perempuannya iaitu Jasmine, 7, dan Tia, 4, yang menyoleknya dengan gincu berwarna merah jambu.
Menurut Johnson, dua anak perempuannya itu meminta untuk menyolek dengan pantas walaupun dia mempunyai mesyuarat atas talian yang dijadualkan dalam 10 minit.
“Dua anak saya ketawa tanpa henti, tanpa belas kasihan,” tulis Johnson sambil menyatakan bahawa dia menghabiskan masa selama sejam untuk menanggalkan gincu itu dari kepala dan mukanya.
Mujur mesyuarat yang dijadualkan itu telah dibatalkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi bersahaja keluarga ini, hingga ada yang melabelkan Johnson sebagai seorang bapa contoh dan penyayang.
Sumber: Instagram Dwayne Johnson