Sering kali kita dengar akan tabiat memasakan enjin pada waktu pagi sebelum meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi.
Tetapi ada pula yang mendakwa tidak perlu pun memanaskan enjin untuk kereta jenis baharu kerana ia boleh merosakkan enjin.
Mana satu ni?
Tabiat memanaskan enjin adalah bertujuan untuk mempercepatkan peredaran minyak dalam enjin dan membolehkan enjin berfungsi pada suhu optimum.
Bagaimanapun seiring dengan teknologi semasa, enjin kereta pada masa kini dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api (ECU) yang mana akan menyesuaikan keadaan enjin dengan suhu persekitaran.
Tabiat tidak memanaskan enjin TIDAK memberi kesan pada enjin namun ia boleh memberi kesan kepada kotak gear untuk tempoh jangka masa panjang.
Berikut adalah kata pakar gearbox, JV Auto Lube seperti yang dipetik menerusi akaun Tiktok mereka:
“Memang tiada masalah setiap pagi start enjin terus jalan, tidak akan rosakkan sistem enjin tetapi akan memberi kesan kepada gearbox.
“Sebab gearbox semasa dalam keadaan pagi tekanan tinggi, ketika rpm tengah naik. Masa tengah tinggi itulah kita masuk D atau reverse (R) yang akan memberi kesan jangka masa panjang iaitu kerosakkan dalam kotak gear.
“Reverse selalu problem, masuk gear menyentap, tidak boleh kawal tekanan kerana kerosakkan dalam gearbox. Itu bila masuk D termenung tak jalan, tukar gear tak lancar, ini tanda-tanda dalaman gearbox dah alami masalah.
“Salah satu punca, habit masuk gear D dalam keadaan enjin belum running condition,” kongsi akaun TikTok itu.
Untuk info, semasa menghidupkan enjin pada waktu pagi, putaran per minit (rpm) akan lebih daripada 1,000 rpm.
Ketika rpm berada pada tahap itu, adalah tidak digalakkan untuk pengguna memasukkan gear kepada R atau D, sebaliknya perlu tunggu ia turun dahulu ke paras bawah 1,000 rpm.
Tindakan memasukkan gear D atau R pada tahap atas 1,000 rpm (semasa menghidupkan enjin) boleh merosakkan bahagian piston seal dan klac untuk jangka masa panjang. Akibatnya, pengguna akan merasakan gejala sentakkan setiap kalu menggunakan gear D atau R.
Kos bagi baikpulih kotak gear boleh mencecah antara RM3,000 hingga lebih RM5,000.
Sumber: Tiktok / Motoqar