Tak Kemas Meja Lepas Makan Di Singapura Boleh Kena Kompaun Lebih RM900

Bermula bulan depan, mana-mana individu yang gagal mengemas meja selepas makan di restoran, gerai, kedai makan atau pusat penjaja di Singapura, akan dikenakan kompaun sebanyak S$300 (kira-kira RM929).

tak kemas meja lepas makan di singapura boleh kena kompaun lebih rm900

Memetik kenyataan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA), langkah itu diambil bagi mengukuhkan kesihatan awam ketika pandemik COVID-19.

 

“NEA menggesa orang ramai mengamalkan kebersihan di tempat makan awam bagi melindungi premis dan juga para pekerja di situ yang kebanyakannya merupakan golongan berusia,” tulis agensi tersebut dalam satu kenyataan.

 

Kempen selama beberapa bulan telah dijalankan kepada warga Singapura untuk membersihkan sendiri meja makan selepas selesai menjamu selera bagi mengekalkan standard kebersihan penduduk dan alam sekitar pada tahap tertinggi.

tak kemas meja lepas makan di singapura boleh kena kompaun lebih rm900

Mereka diberikan masa selama 3 bulan untuk membiasakan diri dengan peraturan baharu itu sebelum ia dikuatkuasa sepenuhnya bermula September depan.

 

Ekoran itu, petugas agensi akan turun padang bermula Jun untuk mengingatkan orang ramai supaya mengemas sendiri meja makan selepas digunakan.

 

Selain bekas makanan, sampah lain yang tidak disengajakan seperti plastik pembalut makanan yang diterbangkan angin juga dikira sebagai kesalahan dan ia perlu dibuang ke tempat yang sepatutnya.

tak kemas meja lepas makan di singapura boleh kena kompaun lebih rm900

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN