Isu kebakaran di Australia bukan lagi satu perkara yang patut dipandang biasa.
Korang bayangkan, sehingga kini (seperti yang dilaporkan oleh The Guardian) lebih 155,000 ekar hutan telah dibakar. Kiranya, 1 per 3 daripada keseluruhan pulau itu telah dibakar. Perghh!
Selain daripada kerosakan alam sekitar, semestinya hidupan liar yang unik turut terjejar.
Menurut salah seorang pemilik Taman Hidupan Liar Pulau Kangaroo, Sam Mitchell, ramai penduduk sekitar telah menghantar haiwan yang tercedera kepada mereka termasuklah 50 ekor koala.
Selain itu, dia juga berkata, lebih 25,000 Koalas yang berada di taman itu dianggarkan telah mati dalam kebakaran hutan tersebut.
Sama-samalah kita doakan agar kebakaran ini tidak terus berlanjutan agar tiada lagi sesiapa pun yang tercedera.
Sumber: The Guardian