Kebaikan Arugula Dalam Pemakanan Harian

kebaikan arugula dalam pemakanan harian

Sayur merupakan makanan yang kaya dengan nutrisi dan vitamin. Pengambilan sayur merupakan cara yang terbaik dan mudah untuk kekal sihat. Sayur tertentu dapat memberikan kebaikannya tersendiri kepada badan kita contohnya Arugula. Arugula merupakan sejenis sayur yang mengandungi protein, karbohidrat, natrium, vitamin A, vitamin C, vitamin K, lemak dan asam folat.

Ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang sayur Arugula ini. Antara khasiat sayur ini ialah dapat mencegah penuaan. Pengambilan Arugula dapat mengekalkan keanjalan kulit serta bertindak sebagai antioksidan. Kulit bebas dari serangan radikal dan anda akan nampak muda dan berseri.

Ia juga dapat mengatasi keradangan kulit kerana ia mengandungi organosulfur yang berfungsi sebgaai anti inflamasi (anti peradangan). Ia dapat mengatasi pelbagai masalah kulit seperti ruam dan gatal gatal.

Selain itu, Arugula dapat membantu mengubati masalah psoriasis iaitu masalah sel kulit. Membantu pertumbuhan zat dan struktur rambut, kulit dan kuku. Ia juga membantu merawat organ vital seperti mata. Ia mencegak radikal bebas terutama bahagian retina.

Vitamin K yang terkandung di dalam Arugula juga membantu merawat kesihatan tulang seperti osteoporosis. Pengambilan sayur Arugula secara consistent’ sangat efektif untuk kesihatan jantung.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: doktersehat