Keadaan COVID-19 Di Indonesia Kian Tenat Akibat Kekurangan Bekalan Oksigen

Berikutan keadaan pandemik COVID-19 kritikal di Indonesia, negara tersebut kini dihadapkan pula dengan kesukaran terhadap sistem kesihatan mereka yang mana ia mengalami kekurangan bekalan oksigen.

keadaan covid-19 di indonesia kian tenat akibat kekurangan bekalan oksigen

Kebanyakan hospital di negara tersebut juga kini dilaporkan berada dalam tahap kritikal akibat kekurangan bekalan oksigen sehingga menyebabkan mereka yang disahkan positif COVID-19 terpaksa dibawa pulang ke rumah.

Rabu lalu, Indonesia mencatatkan angka kematian COVID-19 tertinggi sejak wabak tersebut pertama kali melanda negara itu, iaitu sebanyak 1,040.

Minggu lalu, seramai 33 pesakit COVID-19 di sebuah hospital di Yogyakarta yang berada dalam keadaan tenat meninggal dunia kerana tidak sempat menerima bekalan oksigen yang lambat tiba.

Sehubungan dengan itu, 45 daripada 369 jumlah kematian akibat COVID-19 yang direkodkan pada Sabtu lalu dilaporkan meninggal dunia di rumah.

Setakat ini, Indonesia telah mencatatkan hampir 2.4 juta kes COVID-19 dengan jumlah kematian mencecah 63,000 kes.

Lebih membimbangkan, angka tersebut dikatakan bukan jumlah sebenar berikutan jumlah saringan yang kurang.

 

Sumber: [1]