Kapal Selam Bawa Pelancong Tengok Bangkai Titanic Hilang Tiba-Tiba

Sebuah kapal selam yang digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan bangkai Titanic, dilaporkan hilang di laut Atlantik.

kapal selam bawa pelancong tengok bangkai titanic hilang tiba-tiba

Menurut laporan, operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan bagi mencari kapal selam itu bersama dengan anak kapalnya.

 

Antara yang berada dalam kapal itu adalah jutawan Britain, Hamish Harding, 58.

 

Menurut pengawal pantai Amerika Syarikat, hubungan dengan kapal itu hilang kira-kira satu jam 45 minit selepas ia berlepas.

kapal selam bawa pelancong tengok bangkai titanic hilang tiba-tiba

Syarikat bertanggungjawab, OceanGate berkata, operasi mencari dan menyelamat kini giat dijalankan, dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta syarikat penyelaman.

 

OceanGate mengenakan bayaran sehingga RM1.2 juta setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic. Dengan memuatkan lima orang dan bekalan oksigen selama empat hari, pelawat akan dibawa menyaksikan bangkai kapal Titanic pada kedalaman 3,800-meter dan 700 kilometer selatan Saint John, Newfoundland.

 

Sumber: BBC