[Video] Kanak-kanak Menjadi Hero Selepas Ibunya Dilanggar

[video] kanak-kanak menjadi hero selepas ibunya dilanggar

Sebuah video telah tular di twitter berkenaan seorang kanak-kanak telah bangkit dan ‘amuk’ apabila sebuah kereta telah melanggar ibunya hingga terpelanting.

Di dalam video yang diterbitkan oleh South China Morning Post itu, kelihatan seorang ibu sedang berjalan dengan anak lelakinya. Tiba-tiba, muncul sebuah kereta dan terlanggar mereka sehingga menyebabkan ibu budak lelaki itu terpelanting.

Kerana terlalu marah, budak lelaki itu telah bangkit dan menendang beberapa kali pada bahagian kereta.

Tindakan kanak-kanak itu mendapat pujian kerana ramai menganggapnya sebagai hero disebabkan keberaniannya untuk mempertahakan ibunya.

Wow, semoga anak ini sentiasa melindungi keluarga terutama sekali ibunya.

Sumber: South China Morning Post