Seorang budak berumur enam tahun tanpa sengaja telah membelanjakan 70,000 yuan bersamaan lebih daripada Rm41,000 dengan membeli barang secara dalam talian.
Bapa kepada kanak - kanak tersebut menjelaskan yang dia sedang mencari hadiah untuk isterinya melalui aplikasi membeli belah dalam talian dan hanya memasukkan kedalam list untuk dilihat semula pada hari berikutnya.
Antara barang yang telah dibeli adalah cincin, gincu dan beg tangan dari pelbagai jenama terkemuka dan kesemuah 'hadiah' tersebut telah dihantar kerumah sehingga tidak cukup ruang untuk ditempatkan.
Ibu kepada kanak - kanak tersebut berasa begitu gembira apabila melihat semua hadiah tersebut tetapi meminta suaminya memulangkan selepas tahu kejadian sebenar.
Namun suaminya mengambil keputusan untuk menyimpan dan menghadiahkan sebahagian barangan tersebut kepada isterinya dan selebihnya dipulangkan.
Kanak - kanak tersebut didenda menyalin semula kerja rumahnya sebanyak 300 kali.
Sumber : China Press.