Kajian Awal Di UK Dapati Varian Omicron Kurang Berisiko

Kajian COVID-19 yang dijalankan di United Kingdom mendapati varian Omicron kurang berisiko berbanding varian Delta.

kajian awal di uk dapati varian omicron kurang berisiko

Pakar kesihatan mengatakan ia adalah satu berita baik namun dengan peringatan berjaga-jaga bahawa gelombang besar masih tetap boleh berlaku.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata tiada sekatan lanjut diperlukan untuk England pada ketika ini.

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai agar berhati-hati ketika musim perayaan Krismas ini.

“Laporan awal mendapati risiko masuk ke hospital lebih rendah berbanding Delta. Ini amat menggalakkan.

“Namun, masih tidak jelas lagi sejauh mana risiko itu berkurangan. Kita tahu bahawa Omicron merebak dengan lebih cepat dan lebih mudah dijangkiti.

"Apa-apa kelebihan yang berpunca daripada pengurangan risiko masuk ke hospital perlu dibandingkan dengan aspek itu. Kita tahu, cntohnya, jika peratusan orang yang berisiko dimasukkan ke hospital lebih rendah, jika peratusan itu daripada jumlah populasi yang besar, kemasukan ke hospital masih jumlah yang besar," katanya.

 

Sumber: [1]