Kahwin Berlatarbelakangkan Asap Gunung Berapi

kahwin berlatarbelakangkan asap gunung berapi

Biarpun letusan gunung berapi sedang aktif, namun sepasang suami isteri ini tekad melangsungkan perkahwinan mereka.

 

Jarak perkahwinan suami isteri tersebut hanyalah 20 kilometer dari Gunung Berapi Taal di mana gunung tersebut sedang aktif memuntahkan asap tebal.

 

Chino Vaflor dan Kat Palomar tetap berjaga-jaga. Mereka sentiasa memantau keadaan gunung berapi tersebut melalui media sosial.

 

Sebelum ini, ketika gunung berapi Taal mengeluarkan asap tebal dan abu beberapa hari yang lalu, ribuan penduduk di arahkan untuk berpindah demi keselamatan.



“Kejadian berlaku satu jam sebelum majlis bermula dan kami berjaya merakam semua momen bermula daripada persiapan, majlis resepsi dan gambar-gambar lain,” katanya.


“Majlis perkahwinan ini mesti diteruskan walaupun berlaku letusan gunung berapi Taal,” jelasnya.

 

Sumber: Astro Awani