Kahar: Kapla High Council Berjaya Catat Kutipan RM4.2 Juta

Filem Kahar: Kapla High Council berjaya mencatatkan kutipan RM4.2 juta dan angka tersebut dijangka terus meningkat walaupun sudah ditayangkan di pawagam sejak  28 November lalu.

 

"Kami bersyukur dengan penerimaan baik filem ini. Melihat reaksi serta komen penonton selepas menonton, rata-rata berkongsi kepuasan mereka dari sudut jalan cerita, kualiti produksi dan memahami mesej yang ingin disampaikan seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang.

 

"Kami mengharapkan lebih ramai memberi peluang untuk menonton filem ini dan berkongsi pandangan serta pengalaman bersama kami," Penerbit eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.

 

Sejak Jumaat lalu, telah bermula sesi jelajah Kahar: Kapla High Council di Kedah dan Perak.

 

Kehadiran barisan pelakon digamatkan dengan sambutan dan sokongan padu penonton dan peminat.

 

Sumber: Awani