Jung Ho Yeon Akui Dirinya Sudah Sebati Dengan Karakter Sae Byeok

Selepas lebih sedekad mengejar cita-cita sebagai model, Jung Ho Yeon akhirnya melakukan debut sebagai seorang pelakon menerusi watak Kang Sae Byeok dalam siri drama fenomena, Squid Game.

jung ho yeon akui dirinya sudah sebati dengan karakter sae byeok

Bukan sahaja siri drama tersebut meletup sehingga menjadi sebutan orang ramai di serata laman media sosial, watak Sae Byeok juga menaikkan nama Jung Ho Yeon sehingga melonjakkan jumlah pengikutnya di Instagram dari setengah juta menjadi lebih 19 juta dalam tempoh singkat.

Menerusi satu temu ramah yang diadakan bersama Vulture baru-baru ini, Jung Ho Yeon mengaku bahawa watak Sae Byeok sebenarnya telah menjadi sebati dengan dirinya sendiri.

“Sukar untuk melepaskannya,” luahnya.

Tambah pelakon yang berusia 27 tahun itu lagi, dia seolah-olah semakin memahami terhadap watak Sae Byeok yang menjadi kegilaan ramai itu.

“Makin dekat dengan Sae Byeok, makin saya faham bahawa inilah yang membuatnya menjadi begitu kuat, dan ini mengubah saya menjadi lebih baik.

“Saya telah menjadi seseorang yang lebih menjaga keluarga dan rakan-rakan saya.

“Saya perhatikan perubahan ini dalam diri saya, apabila saya mengatakan sesuatu dan langsung tersedar, ini bukan diri saya yang bercakap, ini adalah Sae Byeok dalam diri saya yang bercakap,” katanya.

 

Sumber: [1]