Siri televisyen Squid Game telah mencipta fenomenanya tersendiri ke serata dunia. Bukan sahaja permainan yang dimainkan mereka menjadi trending, malah kostum yang dipakai dalam drama bersiri itu turut menjadi rebutan ramai.
Selain pakaian sukan putih-hijau, kasut putih slip-on ini juga menunjukkan peningkatan jualan yang tinggi.
Menurut laporan, kasut slip-on keluaran Vans yang dipakai setiap peserta permainan itu menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 7,800% sejak siri Squid Game ditayangkan.
Ia ditambah pula dengan sambutan bulan Halloween yang disambut beberapa negara sepanjang bulan Oktober ini, sebagai pelengkap kepada kostum bertemakan Squid Game.
Squid Game mengisahkan tentang 456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan dalam hidup, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri yang terdiri dari permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing bagi mendapatkan hadiah 45.6 bilion Won, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.
Sumber: [1]