Polis Thailand berjaya menyerbu rumah seorang lelaki yang menjual anak buaya menerusi aplikasi TikToknya, semalam.
Menerusi laporan berita Thaiger, pegawai Pejabat Perikanan Wilayah Phuket berjaya merampas 22 ekor anak buaya air tawar dari rumah suspek di Moo 8 SriSoonthorn, di daerah Thalang.
Pihak berkuasa membuat serbuan atas aduan yang diterima tentang penjualan buaya di laman Tiktok. Lelaki tersebut siap menawarkan buaya untuk dihantar ke mana-mana kawasan di Thailand.
Sebelum ini lelaki tersebut mempunyai permit sah untuk menjual haiwan liar yang diperoleh hasil pembiakannya, tetapi permitnya tamat pada 9 September tahun lalu dan dia juga mengaku terus menjual anak buaya melalui Internet, lapor akhbar The Phuket News.
Suspek walau bagaimanapun telah didakwa atas kesalahan pemilikan haram hidupan liar yang dilindungi di bawah AKta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar 2019.
Sumber: Kosmo