Bukan satu perkara yang mudah untuk mencari tempat makan istimewa untuk berbuka puasa bersama keluarga atau rakan-rakan tambah lagi dalam kesibukan bekerja.
Tapi jangan risau kerana Pavilion Bukit Jalil sedia untuk menyelesaikan masalah anda mencari tempat yang sesuai berbuka puasa.
Bawa keluarga anda ke hidangan klasik Malaysia yang ikonik! Kegemaran tempatan, menu 'buka puasa' Grandmama’s menampilkan set 'Nasi Dulang Bukhari' dengan pelbagai pilihan seperti 'kaki kambing tanpa tulang yang direbus,' 'ayam kunyit panggang,' 'seafood berempah’ dan 'daging lembu rebus'.
Jika anda mahukan makanan berkuah, anda wajib cuba makan di D'Laksa untuk menikmati 'Asam Laksa', 'Asam Lobsterball', 'Asam Fishball' dan kegemaran rakyat malaysia iaitu- 'Rojak Buah'.
Selain itu, anda juga boleh mencuba Two Cents Hot Wings yang baru sahaja dibuka. Buffalo wing yang dihidangkan dengan tahap rempah yang berbeza daripada 'teriyaki emas' kepada 'lada hantu', chicken wings ini sesuai untuk anda yang mencari hidangan segera pada musim Ramadan ini.
Kemudian segarkan diri anda bersama Go Coconuts! Di sini anda boleh menikmati jus kelapa sebagai shake, dalam kopi, dicampur dengan buah lain atau pun dalam puding!
Di Perfect Ice pula, anda boleh memesan pencuci mulut ala-ala korea! Dan bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan makanan ringan & snek Korea seperti Tteokbokki dan Korean Fried Chicken Wings.
Menarik kan? Jadi jangan lupa untuk datang ke Pavilion Bukit Jalil untuk merasai sendiri ke semua makanan yang menarik ini. Sudah tentu juadah buka puasa anda akan jadi istimewa.