Pelakon senior Azhar Sulaiman menasihatkan selebriti baharu agar tidak mudah lupa jika sudah meraih populariti.
Menurutnya, sikap sombong dan membangga diri tidak seharusnya ada dalam diri seorang selebriti jika ingin kekal lama dalam industri seni.
“Apabila sudah ada harta, kuasa dan nama, jangan poyo sangat apabila kita bercakap.
“Ingatlah sikit, kita hanya orang biasa sahaja, jadi jangan berlagak sangat apabila ada populariti itu,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan wajah yang kacak juga tidak akan menjamin seseorang artis itu kekal relevan.
“Dalam industri ini, kalau muka kacak sahaja tak menjaminkan apa-apa. Semuanya tetap bergantung kepada tuah dan rezeki.
“Kalau muka kacak macam mana pun tetapi jika Tuhan tak buka rezeki itu, tetap tidak ke mana,” jelasnya.
Sumber: Kosmo