Jimin BTS Positif COVID-19 & Jalani Pembedahan Apendisitis

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Jimin BTS dilaporkan positif COVID-19 dan juga menjalani pembedahan untuk apendisitis.

jimin bts positif covid-19 & jalani pembedahan apendisitis

Perkara tersebut dimaklumkan oleh agensi pengurusannya Big Hit Music pada Isnin lalu.

Jimin, atau nama penuhnya Park Jimin pergi ke hospital pada Ahad lalu selepas mengalami sakit perut secara tiba-tiba bersama sakit tekak ringan, kata Big Hit Music menerusi satu kenyataan.

Dia bagaimanapun diuji positif COVID-19 dan menjalani pembedahan apendisitis pada Isnin, tambah kenyataan itu.

“Pembedahan itu berjaya dan Jimin kini sedang pulih selepas prosedurnya,” kata Big Hit Music sambil menambah bahawa dia menjalani “pemulihan pantas” daripada jangkitan COVID-19 itu.

Penyanyi itu sepatutnya menerima rawatan pesakit selama beberapa hari untuk COVID-19 bersama penjagaan selepas pembedahan, kata kenyataan itu.

Jimin, 26, merupakan ahli keempat daripada tujuh anggota kumpulan BTS yang diuji positif COVID-19.

Sebelum ini, RM, Jin dan Suga juga pernah diuji positif pada Disember sejurus selepas kumpulan itu kembali dari siri pertunjukan langsung di Amerika Syarikat.

 

Sumber: [1]