Buat peminat siri animasi One Piece, ada berita baik untuk anda!
Ace Media Network Sdn. Bhd. (AMN) bakal menganjurkan Jelajah Asia The Great Era of Piracy yang menjanjikan pameran pengalaman berasaskan anime yang pertama dan terbesar di Malaysia.
Melibatkan pelaburan bernilai kira-kira RM5,000,000, AMN menjanjikan pengembaraan unik buat pengunjung dengan membawa mereka ke dunia One Piece yang penuh aksi sambil menyertai kembara terkini Straw Hat Crew.
Para pengunjung boleh meneroka 21 zon bertema di dalam ruang pameran yang berkeluasan 25,000 kaki persegi, atau bersamaan dengan separuh padang bola sepak, untuk menyaksikan karakter-karakter One Piece kegemaran mereka, dalam pengembaraan selama 45 hingga 95 minit yang lengkap dengan pameran interaktif, artifak-artifak tulen lanun, dan paparan multimedia yang menarik perhatian.
“Jelajah Asia The Great Era of Piracy adalah lebih daripada hanya sebuah pameran. Ia merupakan satu peluang untuk melangkah ke dunia One Piece dan menjadi sebahagian daripada kembara anime tersebut tetapi dalam dunia sebenar.
“Pameran ini bukan sahaja untuk memaparkan FRP, hasil seni, mahupun barangan. Sebaliknya ia meraikan semangat One Piece dan nilai yang diwakilinya - persahabatan, kecekalan, dan keberanian untuk mengejar impian,” kata Benedict Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ace Media Network.
Mengembara bersama Luffy dalam 21 zon bertema yang unik
Pengunjung berpeluang untuk mengikuti kembara mengujakan Straw Hat Crew dalam Dunia Sang Melanun (Piracy World). Zon-zon bertema ini bakal menampilkan karakter kegemaran ramai iaitu Raja Lanun (Pirate King), Gold D. Roger, yang menetap dalam dunia One Piece.
Peminat juga dapat melihat sendiri lokasi dan karakter-karakter yang dikaitkan dengan Roger dan krew beliau seperti Pulau Raftel, di mana Roger dikatakan menyorokkan harta karun lagenda yang dikenali sebagai One Piece. Lokasi-lokasi penting lain dalam zon ini termasuk Skypiea, di mana lanun-lanun Roger menemui Poneglyph yang membawa mereka ke Pulau Laugh Tale. Pulau ini didakwa merupakan destinasi terakhir bagi sebarang lanun yang ingin menemui One Piece.
Zon-zon lain termasuk peristiwa-peristiwa ikonik dalam dunia One Piece seperti zon The Marineford, tempat berlakunya Pertempuran Marineford iaitu satu konflik besar antara anggota Marin (Marines) dan Lanun Whitebeard (Whitebeard Pirates) yang membawa kepada kematian beberapa karakter penting dan memberikan kesan besar pada dunia One Piece.
Zon-zon bertema ini akan turut melibatkan arca-arca FRP (plastik diperkuat fiber) bersaiz sebenar karakter-karakter kegemaran seperti Luffy, Katakuri, Yamato, dan banyak lagi. Salah satu daripada zon tersebut akan melibatkan teater mini interaktif 180 darjah yang memaparkan kembara selama 25 tahun Luffy bersama Straw Hat Crew, mengimbau kembali memori peminat tegar One Piece.
Pameran ini juga akan memaparkan arca 3D serba baharu dan terbesar Serangan Onigashima yang lengkap dengan pertempuran epik antara Luffy dan Kaido. Ini merupakan kali kedua arca yang mengagumkan itu dipamerkan di dunia, menjadikan ia sesuatu yang tidak seharusnya dilepaskan peminat.
Terokai Dunia One Piece menerusi Permainan AR Unik
Para pengunjung pameran tersebut pastinya akan mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila Ace Media Network dengan rasa gembira mengumumkan penyediaan permainan realiti terimbuh (AR) interaktif pelbagai sensori dalam zon-zon dipertingkatkan di seluruh tapak pameran.
Permainan-permainan ini direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh sepenuhnya kepada pengunjung, lantas menghidupkan pameran dalam cara yang sebelum ini mustahil ditontonkan. Untuk mengambil bahagian, pengunjung hanya perlu memuat turun aplikasi rasmi yang disediakan terus ke telefon pintar mereka dan bersedia untuk bermain!
Keriangan tidak terhenti di situ. Aplikasi itu juga menyediakan satu platform bagi peminat untuk melihat kedudukan mereka dan membandingkan mata kutipan dengan rakan-rakan pada masa sebenar. Dengan ciri-ciri senarai pemain teratas dan perkongsian sosial, pengunjung boleh berentap antara satu sama lain untuk meraih hak bermegah dan memenangi ganjaran menarik.
Sebagai tambahan pada permainan AR, pameran tersebut juga memaparkan permainan karnival mini yang pastinya menggembirakan kanak-kanak dan dewasa. Daripada permainan klasik yang diubah untuk berpadanan dengan tema One Piece seperti balingan cincin dan balingan damak belon, pastinya ada permainan yang menyeronokkan untuk semua.
Dengan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah dan pengalaman menarik di karnival berkenaan, pameran itu akan membawa pengunjung menyusuri pengembaraan unik Dunia One Piece.
Pameran ini juga menampilkan jualan barangan edisi terhad, membolehkan pengunjung untuk membawa pulang produk-produk rasmi serta cenderahati eksklusif serba unik One Piece.
Jelajah Asia The Great Era of Piracy menjanjikan acara penuh keterujaan kepada peminat One Piece dan segenap pengunjung. Mulai 23 Mac hingga 8 Mei 2023, para pengunjung berpeluang merasai pengalaman pameran eksperiensial terbesar One Piece di Malaysia.
Pameran diadakan di Dewan Pavilon, Taman Tema Dalaman Skytropolis, Resort World Genting dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam, Isnin hingga Ahad. Pengunjung digalakkan menempah tiket mereka lebih awal dan memilih slot yang sesuai sama ada untuk sesi pagi, tengah hari atau petang bagi pengalaman yang lancar.
Tiket untuk Jelajah Asia The Great Era of Piracy kini dibuka untuk jualan. Dapatkan tiket anda di https://www.ticket2u.com.my/event/30178 sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kami dalam pengembaraan memukau yang pastinya tidak dapat dilupakan!
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Jelajah Asia The Great Era of Piracy Asia Tour, sila layari laman web: www.acemedia.network/onepieceasiatour/, Facebook: www.facebook.com/onepieceasiatour dan Instagram: www.instagram.com/onepieceasiatour/.