1 Syawal Hari Jumaat? Sabar, Jangan Terpengaruh Berita Penetapan Aidilfitri Di Negara Lain!

Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini.

20 april tarikh tengok anak bulan hari raya aidilfitri di malaysia

Menurut Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, penetapan 1 Syawal di Malaysia adalah berdasarkan kebolehnampakan anak bulan yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan pada Khamis, 20 April 2023.

 

"Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia).

"Namun, masyarakat terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza," katanya.

 

Penentuan 1 Syawal akan dilakukan selepas proses cerapan dibuat di seluruh negara pada 29 lokasi terpilih.

1 syawal hari jumaat? sabar, jangan terpengaruh berita penetapan aidilfitri di negara lain!

Baca: 20 April Tarikh Tengok Anak Bulan Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia

.

Terdahulu, rakyat di seluruh negara pernah berdepan dengan ‘raya terkejut’ seperti tahun lepas, hinggakan spekulasi keadaan sama bakal berulang lagi pada tahun ini. Menambah kegusaran ramai selepas beberapa negara sudah mula menetapkan 1 Syawal pada tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat, 21 April, sedangkan kalendar menetapkan 1 Syawal adalah pada Sabtu, 22 April 2023.

 

Dalam pada itu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah memaklumkan tarikh untuk melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah.

 

Sumber: Astro AWANI