Jangan Panik Kalau Air Kencing Berubah Lepas Makan Buah Naga

jangan panik kalau air kencing berubah lepas makan buah naga

Buah naga ataupun dikenali sebagai ‘dragon fruit’ merupakan buah eksotik yang hidup di kawasan tropika dan mempunyai banyak khasiat. Kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Sumber yang baik dan manfaat antioksidan berfungsi sebagai anti penuaan dan awet muda. Antioksidan ini juga menentang radikal bebas sekaligus bantu menghalang pengaktifan sel kanser.

Tapi korang perasan tak, selepas makan buah naga mesti, air kencing dan najis akan bertukar warna merah. Jangan la risau guys, ini kerana buah naga memang kaya dengan sejenis pigment yang dikenali sebagai ‘betalains’. Ini lah punca sebenar air kencing atau najis bertukar warna. So, kalau terjadi situasi macam tu, ia adalah normal ye guys! Jangan panic’ sampai pergi klinik pula haha

Buah naga mempunyai 1001 khasiat dimana ia sangat baik untuk tubuh badan manusia. So mulai saat ini, korang boleh amalkan makan buah naga untuk lebih aktif dan sihat. Selamat mencuba

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mingguanwanita