Dokumentari siri Jalur 14 bahagian pertama yang mengisahkan bagaimana wira-wira yang bertungkus lumus bagi memastikan E-Sukan terus relevan di Malaysia.
Ramai penonton tidak tahu bagaimana suka dan duka pemain dalam mengejar impian mereka dan inilah yang membuatkan penonton lagi teruja untuk melihat dokumentari ini.
Dokumantari ini lebih mengetengahkan kejayaan E-sukan sepanjang tahun 2022 di mana pasukan tanah air mencipta nama diluar negara.

Berikut adalah para wira dan wirawati Esukan yang akan bersama kita di Jalur 14 Daddy Hood Dr. Yew Weng Kean 尤永健 Yakuza XGaming ChuChu Gaming FattahZie Gaming Naquib Nor Azlan Nabil Nor Azlan Alex Yoong F1 Alister Yoong.
Selepas ini, Jalur 14 bahagian 2 bakal menceritakan kejayaan pemain dan pasukan E-sukan negara berjaya mencipta sejarah sepanjang tiga tahun kebelakangan ini.
Bermula 22 Februari 2023, jam 7 malam ini, tayangan pra tonton istimewa bersama Flava (Muhammad Farouq) dan episod penuh akan ke udara di Astro Arena: 23 Februari 2023, 10 malam, Astro AEC: 25 Februari 2023, 7 malam dan sooka Malaysia: On-demand 25 Februari 2023.
Peminat E-sukan juga boleh menonton Jalur 14 bahagian dua di Facebook eGG Network / Astro dan TikTok @eggnetwork dan @astroarena.