JAKIM Perjelas Isu Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya negara.

jakim perjelas isu tarikh hari raya aidilfitri

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusof, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab bagi menentukan awal bulan Hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang telah dipersetujui semua negeri.

“Berkaitan penentuan awal Syawal 1443 H atau tarikh Hari Raya Aidiltri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443 H bersamaan 1 Mei 2022M.

“Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

“Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM,” baca kenyataan tersebut.

Tambah beliau, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, seorang individu yang dikenali sebagai A Zaharim A Aziz mendakwa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baru pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing 5 dan 7 darjah.

“Ini bermakna dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baru kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.

“Oleh itu, selepas proses pengesanan selesai, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan bahawa 2 Mei 2022 (Isnin) adalah 1 Syawal 1443 H, sehari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam kalendar rasmi,” kata kenyataan terbabit.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN