Jake Paul Tawar Will Smith & Chris Rock RM126 Juta Untuk Bergaduh Selepas Insiden Oscar

Personaliti media sosial dan peninju profesional Amerika Syarikat, Jake Paul menawarkan Will Smith dan Chris Rock sebanyak AS$15 juta (RM63,142,500) setiap seorang untuk melangkah ke gelanggang dan menyelesaikan perselisihan mereka selepas Smith menampar Rock semasa majlis anugerah Oscar Ahad lalu.

jake paul tawar will smith & chris rock rm126 juta untuk bergaduh selepas insiden oscar

Ketika siaran langsung majlis tersebut, Smith melangkah ke atas pentas dan menampar Rock di muka selepas pelawak itu membuat jenaka tentang penampilan isteri Smith.

jake paul tawar will smith & chris rock rm126 juta untuk bergaduh selepas insiden oscar

“Saya ada AS$15 juta (RM63,142,500) untuk Will Smith dan AS$15 juta (RM63,142,500) untuk Chris Rock sekiranya mereka sedia untuk pergi,” kata Paul menerusi satu entri di Twitter.

“Sesiapa tolong hubungkan saya melalui telefon dengan wakil tinju Will Smith ASAP,” tambahnya lagi.

Rock enggan mendakwa Smith, yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik beberapa minit selepas kejadian itu dan dalam ucapannya tidak meminta maaf kepada Rock.

Perlawanan tinju selebriti telah menjadi trend sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menyumbang kepada kebangkitan individu seperti Paul dan abangnya Logan, yang menjadi terkenal di internet sebelum mereka beralih ke dunia tinju.

Walaupun idea itu menarik, menurut TMZ, ia bagaimanapun mungkin akan menjadi sukar memandangkan Smith dan Rock telah mengumpul kekayaan dalam kerjaya masing-masing dengan Smith yang pernah memainkan watak petinju legenda Muhammad Ali dalam filem biografi Ali pada 2001, memiliki kelebihan besar berbanding pelawak itu dari segi umur, ketinggian dan berat badan.

 

Sumber: [1]