JAIS Cadang Wajibkan Kursus Pada Pasangan Sudah Berkahwin

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang memperhalusi cadangan untuk mewajibkan pasangan suami isteri beragama Islam di negeri ini untuk menghadiri kursus pasca perkahwinan.

jais cadang wajibkan kursus pada pasangan sudah berkahwin

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga, Nik Suhaila Nik Hussin berkata, ia juga selaras dengan seruan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar setiap jabatan agama negeri untuk memperkasakan pasca perkahwinan.

 

Kursus yang memang sudahpun ada itu bagaimanapun katanya mengalami kekurangan peserta disebabkan kekangan dari sergi kos.

 

“Sebenarnya kursus itu merupakan satu cara dalam menyelamatkan rumah tangga dan kita sentiasa konsisten melakukannya setiap tahun dengan modul Jakim namun setakat ini belum diwajibkan.

“Ada empat modul iaitu fasa bulan madu bagi pasangan yang telah berkahwin antara setahun hingga lima tahun, fasa semarak kasih (6 hingga 10 tahun), sehati sejiwa (11 hingga 20 tahun) dan syurga cinta (21 tahun ke atas),” katanya.

 

Kursus pasca perkahwinan itu diadakan bagi mendidik pasangan untuk pengukuhan kewangan, mental dan juga cara menguruskan konflik.

jais cadang wajibkan kursus pada pasangan sudah berkahwin

Katanya lagi, berdasarkan rekod penceraian yang pernah berlaku sebelum ini, sebanyak 9,438 kes dicatatkan pada 2019, 7,683 pada 2020 dan sehingga Julai 2020 pula sebanyak 2,621 kes dengan peringkat umur paling tinggi adalah lingkungan 31 hingga 35 tahun.

 

Tempoh usia perkahwinan paling tinggi kes penceraian adalah berusia setahun hingga lima tahun.

 

Antara sebab dan faktor yang mendorong kepada penceraian adalah berkaitan akhlak seperti ketagihan media sosial, pengotor dan kuat merokok selain aduan tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi.

 

Justeru, orang ramai yang mungkin menghadapi masalah dalam rumah tangga dan ingin mendapatkan khidmat runding cara, boleh rujuk kepada jabatan agama di tempat masing-masing.

“Kelewatan mereka menyebabkan isu yang boleh diselesaikan awal berkesudahan dengan penceraian,” katanya lagi.

 

Sumber: [1]