Jackie Chan Nak Bagi 1 Juta Yuan Kepada Sesiapa Yang Berjaya Cari Penawar Coronavirus

jackie chan nak bagi 1 juta yuan kepada sesiapa yang berjaya cari penawar coronavirus

Pelakon aksi terkenal, Jackie Chan telah menawarkan 1 juta Yuan (lebih kurang RM 587,000) kepada sesiapa yang berjaya mencari penawar untuk virus yang tengah menular di seluruh dunia sekarang ni, Koronnavirus.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pelakon yang membintangi filem Vanguard itu melalui laman Weibo pada hari Selasa yang lalu.

“Sains dan teknologi adalah kunci untuk menangani masalah virus ini dan saya percaya semua orang mempunyai tanggapan yang sama seerti saya dan berharap penawar virus ini dapat dihasilkan secepat yang mungkin.” Tulis pelakon yang berusia 65 tahun itu.

Sumber: Straits Times

ARTIKEL BERKAITAN