Peperangan yang berlaku di bumi Gaza masih lagi belum menemui titik noktahnya.
Pada Isnin lalu, rejim Zionis dilihat mula menyasarkan bahagian selatan bandar Khan Younis dan Rafah, meskipun lebih 18,000 nyawa orang awam terkorban sejak 7 Oktober lalu.
Menerusi rakaman yang tular, tentera rejim Zionis dilihat sengaja menjatuhkan kertas yang mengandungi helaian ayat Al-Quran dari langit atas bandar Khan Younis.
Dalam helaian itu, ia memetik ayat daripada Al-Quran yang dikatakan menceritakan mengenai banjir besar yang terjadi ketika zaman Nabi Nuh A.S.
Laman berita CNN menyebut pihaknya cuba mendapatkan komen daripada Israel Defense Forces (IDF), namun jurucakap IDF menyebut “No komen” apabila ditanya mengenai tindakan pihaknya yang sengaja mewujudkan provokasi agama.
@cnn The Israeli military on Wednesday dropped leaflets over Khan Younis, in southern Gaza, with a Quranic verse about the great flood during the time of Noah. In response to a CNN inquiry about leaflets dropped over Khan Younis on Wednesday, an IDF spokesperson said: “No comment.” #CNN #News #Israel #Gaza #Palestinian #IDF ♬ original sound - CNN
Ada yang berpendapat, tindakan rejim Zionis yang sengaja memetik surah mengenai banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh A.S adalah sebagai petanda awal untuk pihak mereka membanjiri terowong rahsia yang mereka percaya diduduki pejuang Hamas.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata krisis yang berlaku di bumi Palestin mungkin akan berpanjangan sekurangnya lagi dua bulan.
Sumber: CNN / Al-Jazeera