
Pernah tak korang pergi shopping mall dan tengok lelaki tersadai dekat luar kedai? Macam-macam reaksi yang korang boleh tengok dan kadang-kadang melucukan. Tapi, itu lah sifat pasangan yang baik kerana sentiasa bersabar dengan pasangan.
Ada satu Instagram dengan nama miserable_men telah mengumpul dan memuat naik gambar akan lelaki yang setia menunggu pasangan mereka membeli belah. Kalau korang tengok keadaan mereka memang funny dan boleh tersenyum sendiri.
Kadang-kadang tu ada pasangan yang sampai tertidur dekat sofa atau kerusi menanti pasangan mereka membeli-belah. Tak kurang juga yang asyik melayan telefon bimbit dan sebagainya.
Actually, gambar-gambar dalam akaun Instagram tersebut dihantar oleh orang awam. So, kalau korang ternampak mana-mana lelaki yang setia menunggu pasangan mereka membeli-belah dan berada dalam keadaan ‘miserable’ boleh lah korang hantar dekat Instagram ni.
Sehingga hari ini akaun tersebut telah mempunyai 353 ribu pengikut, ya! Kalau tengok dekat ruangan komen, macam-macam reaksi yang netizen bagi.
Sumber: Instagram miserable_man, Gambar Metro