Indonesia Wajibkan Dos Penggalak Jika Mahu Pulang Kampung Berhari Raya

Suntikan dos penggalak akan menjadi salah satu syarat bagi mereka yang ingin pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Indonesia.

indonesia wajibkan dos penggalak jika mahu pulang kampung berhari raya

Menurut Ma’ruf, Majlis Ulama Indonesia (MUI) sedang berbincang mengenai fatwa berkaitan sambutan Aidilfitri, termasuk kewajipan mengambil dos penggalak bagi membolehkan penduduk mudik lebaran.

.

Syarat itu disifatkan sebagai satu keperluan kerana Indonesia sudah memansuhkan keperluan ujian RTK dan PCR bagi perjalanan domestik.

.

“Kita perlu memastikan perlindungan diri lengkap sebelum melakukan mudik lebaran supaya tidak timbul kluster baharu di musim perayaan.

“Bagi golongan komorbid terutamanya warga emas, segera lengkapkan dos vaksinasi anda kerana ia sudah menjadi hal yang mustahak di musim penularan wabak seperti sekarang,” jelasnya.

.

Bagaimanapun menurut Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, individu yang baru menerima vaksin sama ada dos 1 dan/atau 2 wajib melampirkan ujian pengesanan COVID-19 sebelum dibenarkan mudik lebaran menaiki kenderaan awam.

.

Sumber: [1], [2]

 

ARTIKEL BERKAITAN