Indonesia Kesan Jangkitan Tempatan Varian Omicron Pertama

Kementerian Kesihatan Indonesia mengesan kes pertama jangkitan tempatan varian Omicron COVID-19 pada seorang lelaki asal Medan yang berusia 37 tahun.

indonesia kesan jangkitan tempatan varian omicron pertama

Berdasarkan sejarah perjalanannya, lelaki itu dan isterinya melawat Jakarta sebulan sekali dan tiba di ibu negara pada 6 Disember serta berkunjung ke pusat beli-belah Ashta District 8 di Daerah Pusat Perniagaan Sudirman, Jakarta Selatan pada 17 Disember.

Susulan itu, kementerian kesihatan negara tersebut kini sedang ligat menjalankan pengesanan kontak menyeluruh di kawasan tersebut bagi menghentikan varian itu daripada mereka, kata jurucakap kementerian itu Dr Siti Nadia Tarmidzi.

Tambah beliau, lelaki tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan tanpa gejala kini dikuarantin di hospital.

Menurutnya lagi, ujian swab antigennya didapati positif pada 19 Disember sementara isterinya negatif sambil menambah sampel itu kemudian dihantar ke Makmal GSI.

Keputusan yang diperoleh pada 26 Disember menunjukkan bahawa dia positif Omicron.

Dalam perkembangan lain yang berkaitan, Indonesia setakat ini telah merekodkan 47 kes Omicron dengan 46 kes merupakan kes import dan satu jangkitan tempatan.

 

Sumber: [1]