Baru-baru ni, KKM dedahkan individu yang berumur 20 hingga 29 tahun paling ramai dijangkiti Covid-19 sejak Januari lepas.
Takut jugak dengar sebab kalau ikutkan tahun lepas, individu yang berumur 50-an paling ramai dijangkiti Covid-19.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohd Hazizi Mohd Hasani berpendapat mereka yang berumur 20-an ni tergolong dalam kumpulan umur pekerja.
![individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/dr-hazizi.jpg)
So, mereka ni berisiko dijangkiti virus Covid-19.
Kalau kita tengok laporan Covid-19 setiap hari, ada je kluster baru melibatkan tempat kerja.
Faktor lain juga mungkin disebabkan gaya hidup mereka yang lebih aktif bersosial berbanding kumpulan umur lain.
![individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/golongan-muda.png)
Yela muda-muda ni banyak je aktiviti nak buat, bersukan, shopping, keluar dengan kawan-kawan, macam-macam lagi lah.
Lagi satu, kebanyakan golongan berumur 20-an mempunyai sistem imun yang sihat, so kalau dijangkiti Covid-19, mereka tak menunjukkan sebarang simptoms.
Bila takde simptoms ni bahaya tau sebab mereka tak sedar yang mereka telah dijangkiti Covid-19.
Aktiviti seharian pun diteruskan seperti biasa dan akhirnya berjangkit lah dengan orang lain.
![individu 20-an paling ramai dijangkiti covid-19, ini mungkin antara sebabnya..](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/patuh-sop.png)
Pesan Dr Mohd Hazizi, sebab itu lah semua golongan tanpa mengira umur perlu patuh kepada SOP dengan disiplin yang tinggi.
Kita tak tahu siapa yang dijangkiti atau tidak.
#kitajagakita #lindungdirilindungsemua
Oleh: Izzati Amir