Makin Bermutasi, India Kesan Varian Berganda Baharu COVID-19

Pakar kesihatan negara India mengesahkan penemuan varian berganda baharu COVID-19.

makin bermutasi, india kesan varian berganda baharu covid-19

Penemuan yang masih diperingkat kajian itu bagaimanapun disahkan bukan punca kepada peningkatan kes mendadak di negara berkenaan.

 

Varian berganda adalah apabila dua jenis virus mutasi berkumpul untuk membentuk strain ketiga. Yang dilaporkan di India ini adalah hasil gabungan strain E484Q dan L452R. Strain L452R terdapat di California di Amerika Syarikat dan strain E484Q adalah natif.

 

Varian ini dikesan dalam tujuh peratus daripada 11,000 sampel yang diambil hasil kajian 10 makmal, sejak dari 30 Disember yang lalu. Menurut pakar, mereka juga sedang meneliti sama ada varian berkenaan lebih mudah dijangkiti atau sebaliknya.

makin bermutasi, india kesan varian berganda baharu covid-19

“Kami mengesan mutasi berganda E484Q dan L452R, ia dikesan dalam 206 sampel di Maharashtrian dan dalam beberapa kes di New Delhi serta sembilan sampel lagi,” kata Pengarah Pusat Kawalan Penyakit (NCDC) India, Dr Sujeet Kumar Singh.

 

Setakat ini, hanya tiga varian global yang dikenal pasti dan disahkan iaitu varian UK (B.1.1.7), varian Afrika Selatan (B.1.351) dan Brazil (P.1). Daripada 10,787 sampel penumpang antarabangsa yang tiba di India, 771 varian-varian ini telah dikenal pasti wujud.

 

Setelah varian berganda baru ini diserahkan kepada GISAID, iaitu pangkalan data berkenaan virus influenza, varian ini akan dikategorikan sebelum ia memiliki namanya sendiri.

 

Sumber: [1], [2]