Ini Alasan Kenapa Song Ji-hyo Potong Rambut Pendek

Cheon Soo-yeon atau lebih dikenali dengan nama Song Ji-hyo, ialah seorang pelakon dan model wanita dari Korea Selatan. Beliau juga terkenal sebagai ahli dalam rancangan popular Running Man.

ini alasan kenapa song ji-hyo potong rambut pendek

Sejak November tahun lalu, Ji-hyo tampil dengan imej berambut pendek seperti lelaki, sehingga membuatkan segelintir peminat tidak berpuas hati. Ia membuatkan peminat meluahkan rasa kecewa terutamanya kepada jurugaya Ji-hyo yang didakwa tidak menjaga kredibilitinya sebagai seorang selebriti popular.

ini alasan kenapa song ji-hyo potong rambut pendek

Ji-hyo yang biasanya mempunyai imej berambut panjang, tampil menjelaskan sebab mengapa beliau memilih untuk berambut pendek ketika muncul dalam rancangan Youtube, Turkiyes.

ini alasan kenapa song ji-hyo potong rambut pendek

Jelas Ji-hyo semuanya berlaku disebabkan suatu hari beliau berada dalam keadaan mabuk sehingga hilang kewarasan dan bertindak memotong sendiri rambutnya menggunakan gunting.

“Saya potong sendiri rambut saya ketika mabuk teruk. Saya minum alkohol dan jadi marah ketika itu. Saya pun tak tahu kenapa saya buat begitu pada waktu itu.

“Saya potong rambut sendiri menggunakan gunting yang selalu digunakan untuk memotong bekas ubat gigi dan tiub alat solek. Maafkan saya. Tolong jangan marahkan pekerja saya,” katanya.

 

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN