Ikut Jejak Wendy, Joy Red Velvet Debut Solo Tak Lama Lagi

Mengikut jejak rakan sekumpulan, ahli kumpulan gadis K-Pop popular, Joy Red Velvet dilaporkan akan melancarkan karier sebagai penyanyi solo tidak lama lagi.

ikut jejak wendy, joy red velvet debut solo tak lama lagi

Berita tersebut disahkan SM Entertainment pada 12 Mei yang mana label tersebut turut berkongsi bahawa penyanyi yang berusia 24 tahun itu kini sedang mempersiapkan album pertamanya.

Bagaimanapun, album terbabit berunsurkan nyanyian semula lagu-lagu sedia ada daripada artis lain, bermaksud tiada lagu asli yang diciptakan khusus untuk Joy akan terkandung dalam rilisan tersebut.

Terdahulu, penyanyi terkenal Korea Selatan, IU turut menemui kejayaan menerusi album buatan semula yang berjudul A Flower Bookmark. Kesemua lagu dalam album terbabit merupakan lagu-lagu Korea popular yang dikeluarkan dari tahun 1980an hingga 1990an.

Setakat ini, belum dinyatakan lagi secara terperinci mengenai debut Joy sebagai artis solo dan juga berkenaan album pertamanya itu, namun terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia bakal dikeluarkan menjelang penghujung Mei ini.

Terdahulu, ahli Red Velvet lain, iaitu Wendy, menjadi yang pertama dalam kumpulan terbabit untuk debut sebagai artis solo setelah hampir tujuh tahun menempa nama secara berkumpulan menerusi Red Velvet.

 

Sumber: [1]