Ibu Kantoi Anak Umur 9 Tahun "Menipu" Masa Buat Homework

Teknologi hari ini banyak menyumbang bakti dalam kehidupan seharian. Baik atau buruk kesannya, ia bergantung kepada cara kita menggunakan teknologi itu.

Seorang ibu menangkap anaknya menipu dengan cara yang melucukan.

ibu kantoi anak umur 9 tahun menipu masa buat homework

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, kelihatan seorang budak lelaki berusia 9 tahun meminta Alexa, smart speaker untuk memberikannya jawapan untuk soalan kira-kira.

Tengok ni.

Bijak, bijak! Tak tahulah nak gelak ke nak marah kan.

Biarpun tindakan budak lelaki ini dilihat sebagai satu tindakan bijak kerana dia pandai menggunakan peluang yang ada di depan mata. Namun, tindakannya tetap salah. Menipu  merupakan tindakan yang tak bermoral.

Ingat, melentur buluh biar dari rebungnya. Gelak-gelak juga, tapi tetap kena tegur.

Setakat ini, video yang dimuat naik di FB Leanne Gormanley telah mendapat hampir tiga juta tontonan dengan 41,000 perkongsian. Rata-rata memuji anaknya itu.

ibu kantoi anak umur 9 tahun menipu masa buat homework