Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di 5 Negeri Hari Ini

Hari ini, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri. 

Menurut laporan, negeri yang terbabit adalah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar).

ribut petir dan hujan lebat di 5 negeri hari ini

“Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis) dan Sarawak meliputi Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah),” menurut hantaran Facebook MetMalaysia, pagi ini.

Sumber: Kosmo