Hujan Ais Dijangka Landa Indonesia Hingga April Depan

Indonesia dijangka berdepan dengan fenomena hujan ais sekurangnya hingga bulan April depan.

hujan ais dijangka landa indonesia hingga april depan

Demikian menurut Jabatan Meteorologi (BMKG) Indonesia yang memaklumkan fenomena itu turut disertai dengan hujan lebat dalam tempoh singkat disertai kilat atau guruh serta angin kencang.

 

Fenomena hujan ais adalah antara fenomena cuaca ekstrem yang berlaku dengan kehadiran titisan ais yang jatuh dari awan dan boleh berlaku dalam beberapa minit.

hujan ais dijangka landa indonesia hingga april depan

Menurut Timbalan Meteorologi BMKG, Guswanto berkata fenomena hujan ais ini boleh berlaku hingga Mac dan April depan. Justeru, beliau merayu orang ramai supaya berwaspada dengan sebarang kemungkinan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan banjir kilat.

 

Hujan batu biasanya akan berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata, terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus). Pada paras ketinggian tertentu, suhu adalah di bawah takat beku dan proses pemeluwapan berlaku pada debu-debu atau partikel-partikel lain yang dikenali sebagai nuklei kondensasi. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air membeku lalu menyebabkan saiznya menjadi besar. Ia juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.

 

Sumber: [1], [2]