Hidangan Lauk Kari Naik Harga Di UK, Peniaga Tiada Pilihan

Ekoran daripada kenaikkan harga rempah ratus secara borong yang melambung tinggi, pihak industri memberi amaran mengenai kos bagi hidangan masakan kari yang bakal meningkat di United Kingdom (UK).

hidangan lauk kari naik harga di uk, peniaga tiada pilihan

Pembekal barangan rempah ratus merancang untuk menaikkan harga sebanyak 50 peratus terhadap pelbagai rempah termasuk ketumbar dan jintan manis yang digunakan dalam masakan.

 

Menurut syarikat memproses dan menjual makanan, kos barang putih dan halia meningkat sebanyak 50 peratus, manakala bayam, lada hijau dan cili sebanyak 25 peratus.

 

Selain itu, pemilik restoran India memaklumkan kenaikan kos gaji pekerja disebabkan kekurangan tukang masak serta bil utiliti dan kos pengangkutan yang semakin meningkat telah menjejaskan keuntungan restoran.

 

Ini bermakna, hidangan seperti ayam tikka masala, ayam masak mentega dan saag aloo akan menjadi semakin mahal di negara itu, dengan peningkatan sebanyak 1 pound (RM5.63) agi setiap hidangan.

hidangan lauk kari naik harga di uk, peniaga tiada pilihan

“Harga naik bagi beberapa barang seperti minyak masak. Sebelum ini, kami hanya membayar sebanyak 19 pound (RM106.98) untuk tong dram seberat 20 liter, tetapi kini ia berharga 24 pound (RM135.14).

“Rempah ratus biasanya berharga sekitar 5 pound (RM28.15) per kilogram, namun kini meningkat kepada 6.50 pound (RM36.59).

“Harga daging kambing juga meningkat sebanyak 20 peratus, manakala ayam pula kira-kira 20 hingga 25 peratus,” kata seorang pemilik restoran, Yawar Khan yang juga Pengerusi Persekutuan Katering Asia (ACF).

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN