Hati-Hati! COVID-19 Kembali ‘Mengamuk’, Kes Positif Lebih 50 Kes

hati-hati! covid-19 kembali ‘mengamuk’, kes positif lebih 50 kes

Kes COVID-19 di Malaysia untuk 7 September nampaknya menunjukkan peningkatan yang mendadak. Berdasarkan infografik, jumlah kes tempatan mencapai 56 kes dn jumlah kes import sebanyak 6 kes. Secara keseluruhannya, 62 kes positif dicatatkan pada hari semalam.

Berdasarkan Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 55 kes dicatatkan di Sabah. Manakala, 4 kes dicatatkan di Kedah dan satu kes di Pulau Pinang.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA Sehingga 7 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 62 kes baharu yang...

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, September 7, 2020

Oleh itu, jangan dipandang rendah dengan keadaan semasa! Sila patuhi dengan semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, jaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka