Hari Kanser Sedunia: I AM I WILL!

Percaya atau tidak, jangkitan kanser di seluruh dunia dijangka meningkat hingga 60 peratus menjelang 2040!

Kes jangkitan bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana pula dijangka catat peratusan lebih tinggi cecah 81 peratus!

hari kanser sedunia: i am i will!

Foto: WHO

Menerusi pendedahan WHO, kenaikan itu berlaku kerana negara terbabit lebih mengutamakan usaha untuk tangani penyakit berjangkit lain berbanding kanser.

Ini menunjukkan bahawa tanggapan kanser adalah penyakit bagi negara kaya sudah tidak lagi relevan.

Hakikatnya, 1 daripada 5 individu di seluruh dunia berdepan diagnosis kanser sepanjang hidup mereka.

hari kanser sedunia: i am i will!

Di Malaysia, 3 jenis kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser payudara sebanyak 19%, kanser usus besar, 13.5% dan kanser paru-paru, 9.8%.

Dedah laporan KKM, kanser usus besar merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita pula adalah kanser payudara.

Kalau korang nak tahu, kanser boleh dikaitkan dengan 5 tingkah laku dan amalan berisiko iaitu:

1. Berat badan berlebihan

2. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

3. Kurang melakukan aktiviti fizikal

4. Pengambilan tembakau atau merokok 

5. Pengambilan alkohol

hari kanser sedunia: i am i will!

Hari ini merupakan Hari Kanser Sedunia dengan tema I AM and I WILL!

Tunggu apa lagi, jom amalkan gaya hidup sihat!

Oleh: Izzati Amir

ARTIKEL BERKAITAN