Sudah hampir 3 bulan PKP berlanjutan dan banyak aktiviti disekat dan salah satunya khidmat gunting rambut. Dikatakan kerajaan masih lagi tidak membenarkan khidmat gunting rambut walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang menyatakan tentang mematuhi operasi standard (SOP). Walaubagaimanapun kerajaan akan kekal dengan keputusan sebelum ini dan masih tidak membenarkan khidmat gunting rambut dijalankan.
Orang ramai harus patuh dan akur tentang keputusan ini. Keputusan ini jugak adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai dan mengelakan kita semua dari dijangkiti COVID-19.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: Gunting Rambut